Sunday 8 June 2014

Malam ini Hana menangis sendiri

Ya ALLAH kenapa malam ini aku boleh mengalir lagi air mata ku, boleh mengalir sedih, aku cukup terasa hati tapi dengan siapa?



Aku kepenatan sesangat tapi aku cuba yang terbaik tapi kerana satu perkara yang menbuatkan hati aku boleh terluka...

Aku ingin tinggalkan semua tapi kenapa kembali lagi  di saat aku kepenatan yang amat sangat YA ALLAH,  aku ingin lalui ketenangan

Kepala ku jadi sakit YA ALLAH

Biarlah aku menangis kerana inilah aku.. sentiasa pendam sendiri bila ku sedih , biarlah airmata ku mengalir kerana aku cuma manusia biasa yang punya perasaan



Ya ALLAH biarlah airmata ku mengalir memohon keampunan mu, biarlah air mata ku mengalir takut akan diri mu dan biarlah airmataku mengalir untuk melihat semua berjaya dan gembira kerana ku

Ya ALLAH aku tak mampu YA ALLAH janganlah kau datangkan lagi tangisan kerana kecewa dalam hati ku, kau jadilah airmata ku jatuh ke pipiku gembira kerana dapat redha mu, impian dan cita-cita terlaksana sebelum aku tiada lagi masa buat mereka.

Biarlah airmata ini gembira melihat semua tiada sengketa.... YA ALLAH bantulah aku ...

YA ALLAH.. aku di ajar untuk bersabar dan tangisan yang mengalir hanya keranamu YA ALLAH
YA ALLAH tolonglah aku

Janganlah kau jadikan aku seperti ini hanya menberi kecantikan dan akhirnya bila kering tiada terukir di mata dan di hati..

Dia pasti layu di puja kerana cantik dan harum .Bila layu tiada makna... tolonglah YA ALLAH muga nama ku ada di setiap hati orang yang aku sayang termaksud rakan-rakan ku

Semuga sekiranya aku tiada di dunia ini iringi Al fatihah buat ku masih kedengaran di sana.

Tolonglah aku YA ALLAH.. tolonglah aku... YA ALLAH

Jadikan setiap tangisan ku adalah pengubat segalanya dan hanya cintai mu dan persuruhmu nabi Muhamad S.A.W

YA ALLAH SENTIASALAH BERSAMA KU DAN ANUGERAHKAN APA YANG AKU POHONKAN SEMUANYA UNTUK KELUARGA DAN KAWAN2 YANG AMAT AKU SAYANGI

YA ALLAH TERIMA KASIH BILA AIR MATA KU TERHENTI  AKU TERSENYUM KINI HATI KU KEMBALI GEMBIRA

"ANA"  AWAK PILIHAN ALLAH ITULAH AYAT YANG BOLEH AKU SENYUM SENDIRI.

DI SAAT AKU BERBICARA  AIRMATA KU MENGALIR,  DI SAAT AKU INGIN HABISKAN NOTA INI.. AIRMATA KU TERHENTI DAN TENANG KEMBALI

TERIMA KASIH YA ALLAH.. SEKEJAP SAJA AIRMATA SEDIH KU MENGALIR DI SAAT AKU SEDIH AKU INGATKAN MU, DI SAAT AKU TERLUKA AKU SEBUT NAMA MU

TERIMA KASIH .. TERIMA KASIH ALLAH YANG MEMILIKI ALAM SEMESTA DI LANGIT DAN DI BUMI


No comments: