Wednesday 9 July 2014

SEDIH VS GEMBIRA




Aku tak tahu aku gembira atau tidak dengar perkhabaran ini , tapi aku yakin ALLAH dah mula menbentuk hidupku bila doa-doa ku pohonkan berlaku dengan senang dan mudah

Terimakasih ALLAH aku redha dengan apa yang telah kau aturkan buat ku kerana aku yakin pasti ada hikmah tersembunyi yang kau sedang aturkan buat ku

Aku punya ramai teman-teman yang cukup positif kerana aku tak bersendirian dalam aku melayari kehidupan ini

Mungkin kalau sebelum ini aku akan menangis sedih tapi kali ini mungkin juga aku bisa mengalir airmata ini tapi bukan sebagai kehilangan tapi tanda syukur kerana ini yang aku mahukan dalam hidup anak buah ku Maizatul Tanty ... Dia terlalu istimewa dalam hidup ku

Aku mahu dia sentiasa gembira bukan hidup berjauhan dan sentiasa ada salah faham yang berlaku

YA ALLAH... AKU BERSYUKUR DI BULAN MULIA KAU KUATKAN LAH SEMANGATKU UNTUK TERUSKAN APA YANG AKU RANCANGKAN DAN AKU BOLEH HIDUP GEMBIRA SELEPAS INI

AKU TAHU KAU SEDANG RANCANGKAN YANG TERBAIK BUAT KU....

YA ALLAH PADA MU AKU BERMOHON TUNJUKKAN JALAN TERBAIK BAGI KU DAN MAKBULLAH DOAKU SELAGI HAYATKU MASIH ADA DAN DI BERI PELUANG UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN UNTUK MASA DEPAN MERAKA YANG AKU SAYANG

Keyakinan yang tinggi kau pasti makbulkan doa ku untuk satu yang hebat dan aku pasti tersenyum gembira satu hari nanti..

Ya ALLAH aku tak boleh sujud di malam ini tapi aku yakin kau tahu aku sedang mendokan yang sesuatu

YA ALLAH BIARLAH MASA MALAIKATMU MENJEMPUT KU NANTI SEMUA IMPIAN KU SUDAH TERLAKSANA DAN TIADA SATU PUN YANG TERTINGGAL

YA ALLAH KAU MAHA MENDENGAR , ...

TERIMA KASIH YA ALLAH.... AKU BERSYKUR PADA PADAMU ATAS SEMUA PERANCANGAN HEBAT MU

SEMUA INI  ADALAH ATURAN MU YANG MAHA HEBAT