Thursday 16 April 2015

Perginya seorang bergelar "IBU"

Hari ini 16 April 2015 , Di kejutkan oleh permegian seseorang

Seseorang yang bergelar seorang "Ibu" setelah 22 tahun aku kehilangan ibu kandungku

Siapakah Ibu ini.. Dia hadir dengan izin Allah namun aku tak dapat menjaganya seperti mana yang di inginkanya kerana aku tiada jodoh dengan anaknya

Itu kisah silam kenapa dan mengapa tak perlu ku ceritakan yang pasti itu aturan ALLAH buat ku, Aku redha dan menerimanya dengan hati terbuka.

Permergian arwah Mak Siti Riah Bt Ismail..Al Fatihah buat mu, dirimu tak pernah sekali menbenci ku, terpancar kerinduanmu pada ku setelah sekian lama aku tidak berjumpa denganmu

Hati ku tak pernah menbenci namun aku tiada daya untuk menjengukmu... Apapun dengan izin Allah aku pergi juga dengan bantuan seseorang. Terima kasih jasamu amat ku kenang sampai bila2

Sesungguhnya aku amat terharu dengan kerinduan dan kasih sayangmu yang tak pernah hilang buat ku

Airmata jernih mengalir di pipi sepanjang perjalanan pulang dari berjumpa mu dulu..YA ALLAH kau lindungi dan jagalah mak ku mudahan dia pergi dalam tenang sekiranya aku tak boleh berjumpa lagi dengannya..

Teringat pertanyaan anak-anak buah ku.. Mama menangis?.. kenapa mama menangis?
Aku tak dapat nak nak jawap kenapa dan mengapa pada anak-anak kecil yang tak mengerti apa-apa

Cuma aku menjawap.. mama sedih tengok nenek tadi, dia baik kan sayang...Baik sangat Mama tapi kenapa dia menangis bila jumpa mama.

Aku terkedu lagi... tak der apalah sayang..dia rindu mama..itulah jawapan ringkas yang mampu aku melayan setiap pertanyaan anak buahku ketika itu.

Kini apa yang ku ucapkan menjadi kenyataan kerana itulalah kali terakhir dan berakhirnya bila aku dapat panggilan yang menyatakan MAK telah kembali ke Rahmatullah pada malam 15 April 2015

YA ALLAH... permudahkanlah segala baginya dalam perjalanan menemuimu.. Ampunlah segala dosanya seperti mana kau telah ampunkan dosanya sewaktu dia melalui sakit dan deritanya di dunia mu.

Aku yakin mak akan bahgia kerana doa-doa anakmu pasti bersamamu.....

Aku tidak berdaya hanya doa ku pohonkan agar segalanya di makbulkan oleh mu seperti mana selalu aku lakukan buat arwah ke dua ibu bapaku

YA ALLAH PADA MU AKU BERMOHON TEMPATKANLAH DIA DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN

AMIN