Wednesday 16 January 2013

Hana Peiqin buku Pilihan "jauhi game tukaq buka '


http://adikbijak.com/ref.pl?MW01730

17 Pakej Istimewa... Pada Harga Hebat

Bersempena sessi persekolahan 2013 yang telah bermula, AdikBijak.com dengan suka cita menawarkan beberapa pakej istimewa Promosi Kembali ke Sekolah 2013. Jangan lepaskan peluang ini bagi mendapatkan pelbagai pakej-pakej istimewa ini untuk anak-anak anda kembali ke sekolah dengan penuh berilmu.
Daftar ahli untuk lihat buku-buku terkini Tempoh tawaran hanya 1~31 jan sahaja

Antara buku-buku yang menarik


 

Nak Tengok lebih banyak hanya daftar sebagai ahli biasa... berminat baru beli 

 http://adikbijak.com/ref.pl?MW01730



Sinopsis
Hati berperanan sebagai raja di dalam tubuh badan kita. Jika hati kita baik maka baiklah semua pancaindera hasil melakukan perbuatan yang baik. Banyak kejahatan di atas muka bumi ini berpunca daripada hati yang sakit.
Kita hendaklah melatih hati agar menjadi jernih dan sukakan kebaikan. Laluilah proses mengubat dan mendidik hati jika hati anda telah terlibat dengan aktiviti-aktiviti buruk. Hati yang rosak berpunca daripada aktiviti lidah, mata dan perut. Jadi bagaimana untuk menghalangnya? Apakah tanda-tanda hati yangs sakit? Bagaimana mengubatnya?
Hati yang telah berjaya diubati harus disuburkan pula dengan sifat-sifat mahmudah seperti taubat, takut kepada Allah s.w.t, zuhud, sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, berkasih sayang, reda dan selalu mengingati mati.
Kalau anda sudah melalui eksplorasi hati ini, maka hidup anda akan lebih terarah,



 MenanganiAnak Biadap


2013 ~ Update :

07.01.13 :
Gagal Kuasai Ilmu Kerana Kurang Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merupakan asas yang membolehkan anak-anak menguasai pelbagai ilmu-ilmu yang lain. Tidak mungkin anak-anak akan dapat menimba ilmu dengan baik sekiranya dia tidak boleh membaca. Ini kerana apa sahaja ilmu baik Matematik, Sains, Bahasa dan lain-lain memerlukan anak-anak menterjemah "kumpulan simbol-simbol" (yang kita panggil "perkataan") yang memberikan maklumat tentang ilmu yang disampaikan.

Menurut kajian... ramai murid yang gagal mempamerkan kemajuan atau kecemerlangan dalam akademik dan peperiksaan adalah berpunca dari kegagalan mereka menguasai kemahiran membaca. Murid yang merangkak-rangkak dalam membaca sebenarnya menghabiskan terlalu banyak masa cuba mengenali perkataan sedang apa yang sepatutnya dilakukannya adalah memahami keseluruhan konteks ayat. Mereka mungkin boleh mengenali bunyi perkataan tetapi atas sebab yang dinyatakan tadi... mereka gagal memahami maklumat yang cuba disampaikan

Ini tentunya berbeza dengan anak-anak yang mahir dalam membaca di mana penterjemahaan simbol-simbol menjadi perkataan berlaku secara otomatik dan masa yang optimum dapat digunakan bagi menganalisa ayat-ayat yang mengandungi maklumat berguna.

Apa tanggungjawab kita sebagai ibu bapa?


Kita tidak seharusnya menyerahkan bulat-bulat pendidikan anak-anak kepada tadika dan sekolah semata-mata. Kita mesti proaktif dan memainkan peranan utama dalam pendidikan anak-anak. Dan ini mestilah bermula sedari awal dan bermula dari rumah.


Kesuntukan masa tidak boleh dijadikan alasan... kerana pendidikan anak-anak di peringkat awal ini sebenarnya tidak mengambil masa yang panjang. Kita hanya perlukan 5 - 20 minit setiap sessi.


Pilihlah bahan-bahan pendidikan yang baik seperti Bacalah Anakku, ReadEasy dan Al-Furqan yang telah dibentuk secara sistematik agar boleh digunakan oleh ibu-bapa bagi mengisi 5 - 20 minit ini dengan cara terbaik.


Contohnya... luangkan masa selepas solat untuk mengajar anak mengenali Al-Quran melalui sistem Al-Furqan. Hanya 5 minit diperlukan untuk setiap sessi. Atau luangkan 5 minit selepas makan malam atau sebelum tidur untuk mengajarnya membaca. Tak pun anda boleh pasang kaset/CD yang dibekalkan bersama-sama set-set pendidikan ini ketika di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau semasa bersiar-siar sekeluarga.


Masa depan anak-anak di tangan kita. Berikan yang terbaik untuk mereka. 


17.01.13


Anak-anak tidak lahir ke dunia lengkap bersama-sama buku panduan. Tidak seperti sebuah peti television atau sebuah radio yang mana operasinya dinyatakan dengan jelas dalam buku manual pelanggan. Tanpa sebarang buku panduan tentu sekali tugas membentuk seorang insan bernama anak ini menjadi lebih kompleks.

Jika sebelum ini saya berkongsikan tentang Set Pendidikan Anak DFMK hari ini suka saya berkongsikan dengan anda sebuah buku panduan yang saya rasa perlu dimiliki oleh setiap ibu bapa dan menjadi rujukan buat anak-anak.

Buku ini memberikan panduan kepada anak-anak perihal tatacara untuk menjadi insan yang mulia dan anak yang soleh. Panduan disampaikan dengan pendekatan mudah dan santai (easy reading) dan dihiasi ilustrasi yang comel, menarik dan penuh warna-warni.

Ibu bapa boleh menggunakan buku ini sebagai panduan dalam merangka aktiviti harian anak-anak kerana ianya dilengkapi dengan jadual harian untuk anak-anak dari terbit Subuh hinggalah ke waktu tidur.


Keistimewaan buku:
- Mengandungi doa-doa harian untuk diamalkan oleh anak-anak
- Setiap aktiviti, adab dan perbuatan disertai dengan penerangan agar anak faham kenapa sesuatu itu perlu dilakukan
- Merangkumi pelbagai aspek kehidupan seharian di rumah, sekolah dan sosial



Antara Topik Menarik:
- Keluarga Saya (pengenalan kepada konsep salasilah, pangkat dan mahram)
- Jadual Hidup Saya (dari Awal Pagi hingga Waktu Tidur)


Jadikan buku ini sebagai "manual" untuk membentuk anak yang berakhlak mulia. Jika diamalkan dengan bersungguh-sungguh anak anda pasti menjadi seorang anak yang berdisiplin, hidupnya teratur dan yang paling utama menjadi seorang anak yang diidamkan oleh setiap ibu bapa, insyaAllah.

Semoga sukses buat anda dan anak-anak.

Feb : Anakku vs. Solat: Bagaimanakah Mengajarnya?
 
Allah telah menetapkan kewajipan bersolat bagi hamba-hambaNya: tua dan muda, lelaki dan perempuan, yang sakit dan yang sihat, bahkan bagi kanak-kanak yang sudah memasuki usia 10 tahun. Pada usia tersebut ibu bapa WAJIB mendidik dan membiasakan anak-anak agar saat mereka baligh... mereka tidak kekok untuk bersolat dan melaksanakannya dengan sempurna.
Ibu bapa harus menanamkan dan mendasari anak-anak dengan keimanan kepada Allah SWT sebagai tujuan solat dan semua kegiatan mereka. Demikian juga memperkenalkan dan mendekatkan mereka dengan masjid dan semua aktiviti di dalamnya 

Buku Anakku vs Solat ialah terjemahan daripada buku Kaifa Nurobbii Aulaadanaa �ala Ash-Sholaah (�Amaliyyan wa � Ilmiyyan) karya Mushthafa Abul Mu�athi. Ia menghuraikan pelbagai hal berkaitan solat, lengkap dengan teori pengajaran solat. Tip-tip berguna dan praktikal untuk melatih anak anda supaya istiqamah dalam melaksanakan ibadah solat. 

Kaedah pengajaran berupa contoh teladan daripada kisah Nabi SAW dan para sahabat terdahulu dalam mendidik anak tentang solat. Memberi panduan khusus untuk anda dalam mendidik anak merangkumi kesemua aspek hidup dan bukan sahaja dalam aspek solat.

Rekaan yang tersusun dan menarik memudahkan pemahaman anda. Jadikan buku ini sebagai bahan tazkirah bersama keluarga, pelajar atau rakan-rakan.
 
Mengapa Anda Mesti Memiliki Buku Ini?
  • Menghuraikan pelbagai hal berkaitan solat, lengkap dengan teori pengajaran solat
  • Tip-tip berguna dan praktikal untuk melatih anak anda supaya istiqamah dalam melaksanakan ibadah solat
  • Rekaan yang tersusun dan menarik memudahkan pemahaman anda
  • Sesuai untuk melatih pelbagai peringkat umur kanak-kanak
"Ibu bapa harus memiliki kesabaran dan kebijaksanaan untuk memilih kaedah pengajaran yang tepat dan disenangi oleh anak-anak agar misi tercapai dengan sempurna. Panduan tersebut ada di dalam buku ini..."